CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 5 December 2011

Teknik Sifir Dua Digit


Langkah Pertama

Senaraikan sifir 1 - sifir 9 bagi nombor yang berkenaan.
Contoh Sifir 26.
Sifir 2 disenaraikan begitu juga sifir 6.

Langkah Kedua

Jawapan-jawapan kepada sifir tersebut digabungkan.

Sifir 2 Sifir 6
2 6 2 dan 6 digabungkan menjadi 1 x 26 = 26
4 12 4 dan 12 digabungkan menjadi 2 x 26 = 52
6 18 6 dan 18 digabungkan menjadi 3 x 26 = 78
8 24 8 dan 24 digabungkan menjadi 4 x 26 = 104
10 30 10 dan 30 digabungkan menjadi 5 x 26 = 130


dan begitulah seterusnya.

Cara ini lebih menjimatkan masa. Namun, memerlukan murid menguasai sifir dengan baik. Terutamanya sifir 1 sehingga sifir 9.

Selamat Mencuba...!!

Saturday 3 December 2011

Kotak Sifir 81...??


Kotak Sifir 81? Apa dia tu? Buat cikgu-cikgu sekalian terutamanya cikgu Matematik. Ini adalah salah satu cara saya memahirkan murid-murid saya dengan sifir terutamanya sifir 1 hingga sifir 9. Jika kita boleh lihat pada gambar diatas, terdapat 2 kotak besar dengan setiap satu kotak itu mempunyai 81 kotak kecil. Ia seperti lembaran kerja biasa, namun saya akan beri kepada murid untuk melengkapkan sifir 1 hingga sifir 9 dalam tempoh kurang daripada 5 minit. Ini akan memantapkan kemahiran menghafaz sifir terutamanya kepada murid yang lemah. Ini juga boleh diibaratkan seperti latih tubi sifir kepada murid. Semakin lama, aktiviti ini dijalankan, semakin cepat murid-murid berupaya menyelesaikan Kotak Sifir 81 ini.

Bila murid semakin mahir, mereka tidak lagi perlu menggunakan kotak sebagai asas dalam membentuk Sifir 81 ini. Malah, mereka boleh menggunakan masa 5 minit pertama sebelum menjawab soalan peperiksaan dengan membina Kotak Sifir 81 dan ianya sangat membantu kepad
a murid yang lemah.

Saya pernah bereksperimen dengan murid-murid saya dimana, mereka berjaya menyelesaikan Kotak Sifir 81 ini dalam temppoh kurang 1 minit. Bagaimana pula dengan anda?

Selamat Mencuba....!!!


Contoh Jawapan:


Video Mikro

Friday 2 December 2011

Slaid Power Point Untuk Makropengajaran

SET INDUKSI:

- Guru menunjukkan paparan slaid mengenai jenis-jenis alat mengukur. Ianya bertujuan sebagai satu Pengetahuan Am kepada murid-murid bahawa alat pengukur tidak tertakluk kepada pembaris sahaja. Guru turut menerangkan fungsi dan peranan setiap alat pengukur tersebut.


LANGKAH PERTAMA (SLAID PERTAMA)

- Slaid menunjukkan kesalahan yang lazim dilakukan oleh para murid ketika mengukur, iaitu mengukur dengan kedudukan alat ukuran yang tidak berada didalam keadaan tepat.


SLAID KEDUA

- Guru memaklumkan cara yang betul dan tepat dalam mengukur, iaitu mesti dimulakan dengan '0'.
Murid diberi penegasan dengan kaedah ini.


SLAID KETIGA

- Guru menerangkan hubungan diantara 1cm dengan 10 mm.


SLAID KEEMPAT

Guru dan murid berbincang mengenai benda dan unit ukuran yang bersesuaian dengan benda tersebut.

Tuesday 29 November 2011

Set Induksi =)

  • Power Point slide show pictures of various types of tools to measure length.
  • Teacher asks pupils what they can see on the slide shown.
  • Coversation with pupils about variety of measuring tape.

One to Ten

Lets count 100..!!!

Kids Song for Multiplication 2

Kids Song for Multiplication

Mengenali KUBOID

Beauty Of Mathematics

Sunday 16 October 2011

Sekolah Tempat Menabur Bakti... =)


BBA 3007
SK JERAM BATU 20
45800, JERAMSELANGOR DARUL EHSAN

TARIKH MULA BERKHIDMAT : 1 Januari 2008 sehingga kini



ABA 2011
SK JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG
30000, IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN

TARIKH MULA BERKHIDMAT : 3 Januari 2005 hingga 31 Disember 2007

Friday 14 October 2011

Sajak Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sajak guru

Sunday 9 October 2011

Link untuk Islamic Calendar....

Assalamualaikum...

Saya nak kongsikan link untuk Islamic Calendar untuk dikongsikan bersama....

http://www.al-habib.info/islamic-calendar/


contoh gambar :



Thursday 29 September 2011

Beban Tugas Guru

Guru di empat negeri, Selangor, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur didapati menanggung beban kerja berlebihan, iaitu 74 jam seminggu berbanding maksimum 48 jam yang ditetapkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Ini kerana tugas mereka bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima tugas lain pertama; mengurus data, fail, buku rekod dan laporan; kedua, urusan pentadbiran, ketiga; kegiatan kurikulum, keempat; kokurikulum dan kelima; urusan hal ehwal murid.

Butir-butir ini terkandung dalam laporan kaji selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP bertajuk `Pandangan dan Syor NUTP: Beban Guru meliputi sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknik dan politeknik yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran, baru-baru ini.

Mengikut laporan yang ditandatangani pada 1 Jun 2005 itu, kaji selidik itu adalah antara usaha NUTP memberi gambaran jelas kepada kementerian supaya sesuatu dapat dilakukan untuk meringankan beban guru.

Kaji selidik itu yang membahagikan beban tugas kepada lima bidang itu membuktikan guru turut bertindak sebagai kerani, setiausaha, bendahari, jurujual, jurutaip dan juruhias.

Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng, berkata pihaknya risau apabila mendapati kira-kira 60 peratus tugas guru kini membabitkan kerja pentadbiran.

Katanya, pertambahan beban tugas guru dikhuatiri akan menyebabkan hala tuju sistem persekolahan negara lebih mementingkan keputusan berasaskan peperiksaan, berbanding memupuk budaya mencintai ilmu di kalangan pelajar.

Sistem persekolahan sepatutnya dapat memupuk budaya mencintai ilmu di kalangan pelajar, tetapi ini dihalang oleh suasana guru yang semakin kurang berinteraksi dengan pelajar.

Guru kini selain mengejar waktu untuk menghabiskan silibus mata pelajaran, memberi tumpuan terhadap aspek kemahiran pelajar menjawab soalan peperiksaan, katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Lok berkata, bilangan mata pelajaran semakin banyak dan melalui Sistem Pensijilan Terbuka di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lebih 100 mata pelajaran ditawarkan kepada pelajar.

Adakah kita hanya mahu menggalakkan pelajar mendapat sebanyak mungkin A dalam peperiksaan. Jangan lupa bahawa aspek bukan akademik juga penting. Ada pelajar tidak berminat aspek akademik, tetapi mempunyai potensi dalam bidang lain,รข€‌ katanya.

Lok menegaskan bahawa guru ingin memberi tumpuan kepada core business mereka, iaitu mengajar.

Bagaimanapun, katanya guru lebih menghabiskan masa menguruskan data, fail, rekod dan laporan, menguruskan pelbagai pertandingan kurikulum dan kokurikulum serta program akademik dan bukan akademik di luar sekolah.

Katanya, guru kelas dibebankan dengan pelbagai kerja perkeranian dan hanya sedikit masa digunakan untuk tujuan persediaan alat bantu mengajar dan rancangan mengajar serta menyemak buku latihan pelajar.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Kementerian Pelajaran melantik guru khas untuk mengendalikan kegiatan kurikulum dan kokurikulum serta mewujudkan jawatan pembantu guru yang dapat menjalankan kerja perkeranian.

Katanya, kaji selidik itu dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran dan menjadi pelengkap kepada kajian serupa iaitu Kajian Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Ambrin Buang.

INFO: Kaji selidik NUTP mengenai beban tugas guru

A: Urusan data, fail, buku rekod dan laporan

# Pemprosesan maklumat guru, pelajar dan sekolah
# Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), stok mata pelajaran dan bengkel
# Penilaian kerja kursus mata pelajaran untuk peperiksaan
# Penilaian lisan berasaskan sekolah (PLBS)
# Buku Nilam Sekolah
# Laporan Adab Belajar
# Baitulmal dan biasiswa
# Laporan guru bertugas
# Urusan disiplin pelajar
# Urusan pusat sumber
# Program khas dari Jemaah Nazir
# Buku rekod kerja sekolah


B: Pentadbiran

# Pegawai pinjaman di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
# Pengurusan pentadbiran
# Kutipan yuran dan pelbagai
# Guru kelas


C: Kurikulum

# Jenis peperiksaan
# Program sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran
# Kertas kerja kajian tindakan
# Panitia
# Mata pelajaran
# Pentaksiran Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)
# Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)


D: Kokurikulum

# Aspek keselamatan & perlindungan guru dan pelajar


E: Hal Ehwal Murid (HEM)

# Urusan HEM Sekolah Menengah Berasrama


http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=229

Monday 26 September 2011

Erti Kajian Tindakan

Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. K-ajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan tetapi tidak menjadi cacat sesuatu Kajian Tindakan yang tidak menggunakan data berbentuk itu.

Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Berikut dihuraikan dengan lebih terperinci beberapa perkara asas tentang Kajian Tindakan. Masalah yang dialami oleh guru-guru yang menjalankan Kajian Tindakan di sekolah dijadikan asas dalam membuat huraian dan cadangan.



Sumber : http://www.teachersrock.net/kajian%20tindakan.htm

Wednesday 21 September 2011

Salam Sejahtera =)

Salam sejahtera buat rakan2 seperjuangan di UPSI....


Ini entry yang pertama kalinya untuk blog yang khas dibangunkan untuk tugasa 1C bagi subjek Teknologi Maklumat Sekolah Rendah (KRT3013) bagi sem ni...

Buat rakan-rakan semua, diharapkan melalui ruangan ini kita berupaya untuk berbincang dan berdiskusi dalam menemukan penambahbaikan dalam sesi perjuangan kita dalam menggenggam segulung ijazah yang kita idam-idamkan... InsyaAllah...

Semoga berjaya, kawan-kawan UPSI ku....!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...